Sekapur Sireh

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ,rakan-rakan internet,rakan facebook, kawan-kawan,saudara mara dan ibu bapa kami yang sangat disayangi. Terima kasih kerana menyokong kami sepenuhnya. Izinkan kami memperkenalkan syarikat kami.

 Syarikat FEZ Enterprise ditubuhkan pada awal 10 Mei 2012. Syarikat ini ditubuhkan bertujuan untuk menceburi bidang pelancongan selaras dengan seruan kerajaan agar memperkenalkan sektor perlancongan di mata dunia di samping menggalakkan rakyat Malaysia untuk mendekatkan diri dengan keindahan alam semulajadi.

                Ini adalah selaras dengan rancangan RMK-9 yang menggalakkan rakyat Malaysia melancong di dalam negara sebagai langkah mengelakkan pengeluaran wang yang berlebihan ke luar negara. Selain dari itu kerajaan juga menggalakkan sektor swasta melibatkan diri dalam sektor pelancongan dan sekaligus memperkenalkan sektor Malaysia di mata dunia.

                Projek ini akan berjalan di Shah Alam Selangor, untuk permulaan projek kami menawarkan 2 tempat percutian iaitu Pulau Langkawi dan,Pulau Pangkor. Setiap percutian yang ditawarkan merangkumi perkhidmatan BAS (pergi-balik), FERRI(pergii-balik),chalet dengan hanya satu harga yang berpatutan.

                Kami  memperkenalkan  Syarikat FEZ Enterprise dengan menggunakan laman blog fezenterprise.com, kami berharap agar semua pihak sudi menggunakan khidmat kami. Insyaallah anda semua pasti berpuashati dengan perkhidmatan kami.

     Sekian,terimakasih. Wassalam.

  • Facebook
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment